Pengenalan
Hamalatul Quran.
Apakah perkara yang anda faham daripada perkataan ini? Apakah ada sesuatu yang anda tahu daripadanya? Ya, anda pernah mendengar tentang al-Quran sebelum ini. Sudah pasti, tapi bagaimana tentang Hamalatul Quran?
Perkataan dalam bahasa Arab ini jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu akan membawa maksud 'pembawa'. Jadi, Hamalatul Quran adalah 'pembawa al-Quran'. Gelaran ini diberikan kepada seseorang yang telah sempurna ingatannya dengan hafalan al-Quran.
Ini adalah gelaran indah yang diberikan kepada seseorang Muslim yang akhirnya, setelah semua kerja keras yang dilakukannya untuk menghafal ayat-ayat al-Quran dalam hati dan fikiran mereka. Kebanyakan mereka dilabelkan sebagai al-hafiz atau huffaz tapi saya masih menggunakan istilah Hamalatul Quran sebagai hafiz yang bererti bahawa seseorang yang menghafal dan mengingatinya dalam fikiran dan hati mereka.

Untuk menjadi seorang Hamalatul Quran, seseorang itu perlulah memahami tanggungjawabnya terhadap umat. Malangnya, kebanyakan orang mempunyai persepsi yang salah mengenai masalah ini. Persepsi bahawa menjadi Hamalatul itu melelahkan, keras dan beban adalah sangat salah. Persepsi ini bertentangan dengan mesej sebenar daripada menghafal ayat-ayat suci al-Quran. Ini adalah sebuah kenyataan kerana sesiapapun yang menghafal al-Quran, Allah Yang Maha Penyayang menjanjikannya syurga dan Allah akan merahmatinya di akhirat sepertimana yang telah dijanjikan.
Satu perkara yang amat penting bagi seseorang yang menghafal al-Quran ialah kewajibannya untuk mengajar dan menyampaikannya kepada masyarakat. Hamalatul Quran ini akan menyebabkan masyarakat menjadi lebih dekat dan berpegang teguh dengan ajaran al-Quran. Disebutkan dalam sebuah hadith Sahih riwayat al-Bukhari:
...خيركم من تعلم القراءن وعلمه...
"Sebaik-baik di kalangan kamu ialah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."
Mereka adalah orang yang akan menjadi "imam" kepada sebuah masyarakat sepertimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
Daripada at-Tirmidzi, an-Nasa'i dan Ibnu Majah, bahawa Abu Hurairah berkata: "Rasulullah telah menghantar sepasukan rombongan yang terdiri daripada kebanyakan lelaki dan meminta daripada setiap mereka tentang apa yang telah mereka hafal daripada al-Quran. Lalu Nabi datang kepada salah seorang lelaki muda di kalangan mereka lalu bertanya kepadanya: "Apakah yang telah kamu hafal daripada al-Quran wahai pemuda?" Dia berkata: "Aku telah menghafal Surah ini dan itu dan juga al-Baqarah." Nabi bersabda: "Kamu hafal Surah al-Baqarah?" Dia berkata: "Ya." Nabi bersabda: "Kemudian kamu ketuai mereka."
Adakah anda tahu ada orang yang menghafal al-Quran? Al-Quran yang diturunkan dibuat mudah untuk orang menghafal dan memahami maknanya. Allah SWT telah menyebut dalam arahan agungNya dalam Surah al-Qamar ayat 17: "ولقد يسرنا القرءان للذكر فهل من مدكر." Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk dipelajari, maka adakah orang yang mengambil pelajaran.
Lagi disebutkan dalam Surah Maryam pada ayat 97: "فإنما يسرنه بلسانك لتبشر به المتقين وتنذر به قوما لدا". Maksudnya: "Maka sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran itu dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengan al-Quran itu kepada orang-orang yang bertaqwa, dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang."
Bahkan, umat Islam di seluruh dunia pada hari ini telah bersemangat untuk memahami al-Quran dan menghafalnya sehingga akan lebih mudah untuk melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian. Tujuan post kali ini adalah bertujuan menunjukkan keutamaan bagi orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya begitu banyak manfaat daripada menghafal Kalamullah yang Maha Agung ini.
Comments
Post a Comment