Maksud Al-Quran

Maksud Al-Quran

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya.

Susunan al-Quran terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.2

Al-Quran diturunkan melalui beberapa peringkat iaitu:

i. Al-Quran diturunkan ke Luh Mahfuz. Cara turun dan wujudnya al-Quran di Luh Mahfuz pada waktu yang tidak diketahui kecuali Allah.
 Firman Allah SWT :
Maksudnya: Bahkan ialah al-Quran yang mulia. Diturunkan ke Luh Mahfuz.  (Surah al-Buruj 85: 21-22)

ii. Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di Langit Dunia pada Lailat al-Qadr dalam satu jumlah (sekali gus).

iii. Al-Quran diturunkan dengan perantaraan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur.

Comments

Popular posts from this blog

Memuliakan Ahli Al-Quran dan Larangan Menyakiti Mereka (إكرام أهل القرآن والنهي عن أذاهم)

Adab Bersama Al-Quran

Kelebihan Membaca dan Menghafal Al-Quran